Sejarah Kertas 3 SPM Skema Jawapan Kesedaran Pembinaan Bangsa Dan Negara.Berikut dikongsikan contoh soalan dan Skema Jawapan Kesedaran Pembinaan Bangsa Dan Negara untuk Kertas 3 Sejarah Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Bab 3: KESEDARAN PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA. 3.1 Latar Belakang Pembinaan Negara dan Bangsa. Jelaskan sistem politik masyarakat Melayu tradisional. Kesultanan Melayu Melaka pada abad ke 15 merupakan asas pembinaan negara dan bangsa Malysia. Nota Sejarah Tingkatan 5 Bab 3 Kesedaran Pembinaan Negara Dan Bangsa. Nota ringkas Sejarah Bab 3 buat rujukan pelajar Tingkatan 5 yang bakal menghadapai peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) hujung tahun ini. Berikut dikongsikan Nota Sejarah Tingkatan 5 Bab 3 yang bertajuk “Kesedaran Pembinaan Negara Dan Bangsa”.
Pembinaan Negara Dan Bangsa Ke Arah Kemunculan Negara Malaysia Berdaulat. Dipetik dari Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM), Tema Umum bagi Kertas 3 Sejarah SPM 2015 adalah: Pembinaan Negara dan Bangsa ke Arah Kemunculan Negara Malaysia Berdaulat. Walaupun menghadapi pelbagai rintangan, Persekutuan Malaysia berjaya dibentuk dan telah diisytiharkan pada 16 September 1963. Malaysia terus maju walaupun masih banyak rintangan yang terpaksa dilalui.
TEMA 11: PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA KE ARAH KEMUNCULAN NEGARA MALAYSIA BERDAULAT Tema ini memfokuskan konsep negara dan bangsa melalui rentetan peristiwa di Malaysia. Konsep pembinaan negara dan bangsa juga berlaku di Eropah melalui pembentukan negara Jerman dan Itali. Sejarah pembinaan negara Malaysia bermula dari zaman Kesultanan Melayu Melaka.
Kesinambungan pembinaan negara dan bangsa Malaysia dapat dilihat dengan jelas pada zaman kerajaan Johor dan Terengganu dengan perlembagaan bertulisnya, kerajaan Kelantan dengan sistem Jemaah Menterinya dan Negeri Sembilan dengan prinsip demokrasi dan konsep persekutuan. Pengenalan kepada sistem pemerintahan dan pentadbiran yang cekap melalui demokrasi berparlimen telah memberi inspirasi untuk membangunkan ekonomi. Perpaduan negara dipupuk melalui ideologi dan dasar negara seperti Rukun Negara, Dasar Pendidikan Kebangsaan, Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Dasar Ekonomi Baru dan Dasar Pembangunan Nasional. Kesedaran tentang Pembinaan Negara dan Bangsa • a. Latar belakang konsep negara-bangsa: Pembinaan negara dan bangsa Jerman dan Itali • b. Kesultanan Melayu Melaka • c.
Warisan negeri-negeri Melayu • d. Malayan Union 1946 dan Persekutuan Tanah Melayu 1948 • e. Kemunculan negara berdaulat 31 Ogos 1957 • f.
Pembentukan Malaysia 16 September 1963 Sistem Pemerintahan dan Pentadbiran Selepas Merdeka • a. Ciri-ciri demokrasi berparlimen • b. Kerajaan Persekutuan • c. Lambang-lambang negara Pembangunan dan Perpaduan untuk Kesejahteraan • a. Pembangunan ekonomi • b. Pembangunan dan perpaduan bangsa Malaysia ke Arah Negara Maju • a. Wawasan 2020 Memahami latar belakang pembinaan negara dan bangsa Aras 1 • • Mentakrifkan konsep negara dan bangsa • • Menyenaraikan ciri-ciri negara dan bangsa Aras 2 • • Menerangkan latar belakang pembinaan negara Jerman dan Itali • • Menghuraikan ciri-ciri negara dan bangsa Aras 3 • • Menilai kepentingan pembentukan negara dan bangsa • • Membandingkan proses pembinaan negara dan bangsa kerajaan Madinah, Itali dan Jerman Memahami ciri-ciri negara dan bangsa yang wujud pada zaman Kesultanan Melayu Melaka dan negeri-negeri Melayu selepas Melaka Aras 1.